fbpx
Muhammad Sanusi pada Sidang DUN Kedah di Alor Setar, hari ini.

Banjir Baling : ‘Jangan paksa saya dedahkan dalang projek musang king’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak memaksanya untuk mendedahkan siapa sebenarnya dalang di sebalik pelaksanaan ladang musang king di Gunung Inas, Baling dekat sini.

Menurutnya, beliau memiliki maklumat dan tahu siapa individu yang telah menandatangani surat bagi meluluskan tanaman durian berkualiti tinggi itu.

“Saya tahu siapa yang tandatangan surat untuk luluskan Musang King. Semua perkara itu termasuk surat berkaitan ada pada saya.

“Jadi jangan paksa saya dedahkan semua ini. Saya pun dah janji tak mahu main ‘blame game’, jadi saya akan bersikap adil kepada semua orang,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang cuba membuat usul supaya Sidang DUN hari ini turut membahaskan mengenai tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang, Baling pada 4 Julai lalu.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, ketika ini beliau memiliki dua dokumen yang diserahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) iaitu laporan kejadian tersebut serta kronologi situasi yang berlaku di Gunung Inas sejak 2007. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR