fbpx

RichWorks dijemput kongsi kepakaran di negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sandiaga (atas) dalam sesi pertemuan bersama RichWorks yang dibuat secara maya semalam.

KUALA LUMPUR – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) semalam dijemput untuk berkongsi kepakaran dalam membimbing usahawan di Indonesia.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd., ia hasil pertemuan bersama Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Dr. Sandiaga Uno pada awal Jun.

“Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan diberikan Dr. Sandiaga kepada RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bagi menyokong usahawan di sana.

“RichWorks akan terus bekerjasama bagi membimbing usahawan ke peringkat lebih tinggi walaupun ketika krisis.

“Malah, Azizan turut mengumumkan sesi business coaching secara percuma buat usahawan Indonesia yang akan dijalankan di Jakarta hujung bulan ini, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Radz, RichWorks akan menaja sekitar 50 usahawan Indonesia untuk mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia 2022 selama tiga hari yang bakal dihadiri 350 usahawan jutawan Malaysia di Bali, September nanti.

Sementara itu, Dr. Sandiaga menzahirkan penghargaannya atas kolaborasi berkenaan.

Katanya, usahawan pasti akan mendapat manfaat daripada bimbingan RichWorks yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan jutawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI