fbpx

‘Smart Rider’ cegah aktiviti basikal lajak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN Happy Rider’s membacakan buku cerita kepada kanak-kanak di Kios Bacaan MBJB di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Kes kemala­ngan maut melibatkan lapan penunggang basikal lajak akibat dirempuh kereta pada 2017 menjadi detik permulaan buat sukarelawan Happy Rider’s untuk mendidik kanak-kanak supaya menunggang basikal dengan cara yang selamat.

Sukarelawan Happy Rider’s, Azwana Mohd. Hasan, 42, berkata, pihaknya memulakan inisiatif bernama ‘Smart Rider’ di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri di sini, kerana mangsa yang terlibat dalam insiden itu menetap di kawasan sekitar.

“Ketika itu ramai kanak-kanak di kawasan ini yang terlibat de­ngan aktiviti basikal lajak.

“Ketika awal program ini diadakan, kami mendekati penunggang basikal lajak dengan membuat kayuhan bersama-sama.

“Kami kemudian mengumpulkan mereka dan mengadakan program dengan mengajar teknik menunggang basikal dengan be­tul,” katanya selepas ditemui di Kios Bacaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kanak-kanak terlibat juga akan diberi ganjaran jika mereka mengikuti apa yang diajarkan.

“Sebagai contoh, jika mereka memasang brek basikal, kami akan belanja makan dan minum, jadi tidak lama selepas itu, kebanyakan mereka sudah memasang brek,” ujarnya.

Katanya, inisiatif mengadakan kios bacaan itu pula terhasil setelah pihaknya mendapati ramai dalam kalangan kanak-kanak yang bermain basikal lajak tidak mahir membaca walaupun sudah berusia 11 tahun.

“Oleh itu, terlahir program kedua kami iaitu ‘Smart Rea­ding’.

“Ekoran program ini, isu penunggang basikal lajak di bandar raya Johor Bahru berjaya dikurangkan selain kanak-kanak terlibat semakin mahir dan berminat membaca,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI