fbpx

Rajapaksa letak jawatan melalui e-mel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada speaker parlimen Sri Lanka melalui e-mel. - Google

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan  menghantar  surat peletakan jawatan beliau melalui  e-mel, lapor laman berita RT semalam.

Beliau menghantar  surat rasmi berkenaan kepada Speaker Parlimen Sri Lanka.

Bekas presiden itu kini berada di Singapura selepas meninggalkan Sri Lanka dengan menaiki jet tentera ke Maldives.

Surat peletakan jawatan itu  pada asalnya, dijadualkan untuk diserahkan pada Rabu lalu.

Namun, ia  dihantar melalui e-mel kepada Speaker Parlimen Sri Lanka sejurus selepas Rajapaksa tiba di Singapura semalam, demikian menurut  media tempatan.

Rajapaksa telah dihalang daripada meninggalkan negaranya oleh kakitangan lapangan terbang awal minggu ini sebelum dia melarikan diri dengan  menaiki pesawat tentera.

Terbaharu, beliau dipercayai akan berangkat ke Arab Saudi sebagai negara persinggahan ketiganya dalam usaha melarikan diri daripada didakwa di Sri Lanka.

Rajapaksa dipercayai meninggalkan Sri Lanka sebelum meletak jawatan bagi mengelak kemungkinan ditahan sebaik sahaja kuasa presidennya tamat dan beliau tidak lagi kebal daripada ditangkap.

Di bawah kepemimpinan Rajapaksa, Sri Lanka telah muflis, gagal membayar hutang pinjaman asingnya sejak  Mei lalu. Colombo juga melaksanakan catuan bahan api awal bulan ini. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI