fbpx

Rahsia teguh Super Junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Super Junior.

BIARPUN kebanyakan ahli Super Junior sudah hampir menjengah usia 40-an, namun populariti mereka tidak dapat disangkal dan masih menjadi kegilaan ramai.

Ditemui dalam satu acara santai baru-baru ini, ada kalangan media bertanyakan mengenai rahsia kumpulan yang ditubuhkan lebih 15 tahun itu bertahan hingga ke hari ini.

“Tiada rahsia apa pun daripada pihak kami. Rasanya kami semua hanya terus bertahan selama ini. Kami saling memahami dan bertolak ansur selain menerapkan kerjasama dalam kumpulan.

“Tipu kalau kata tiada cabaran yang membuatkan kami untuk membubarkan kumpulan ini. Tetapi semuanya diselesaikan dengan komunikasi dua hala antara kami.

“SM Entertainment juga banyak membantu menggerakkan kami hingga ke hari ini. Bukan setahun dua bekerjasama, tetapi bertahun,” kata mereka.

Tambah mereka lagi, semuanya tidak akan berlaku andai sokongan daripada peminat pudar terhadap mereka.

Untuk rekod, Super Junior memulakan debut pada 2005 dan popular dengan lagu hit seperti No Others, Mr, Simple dan Sorry.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI