fbpx

500 pasangan ‘pengantin pandemik’ diraikan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua 500 pasangan diraikan dalam acara besar-besaran di Lincoln Center, Bandar Raya New York, 10 Julai lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Kira-kira 500 pasangan diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang di Bandar Raya New York, Ahad lalu, bagi memberi peluang kepada mereka untuk menikmati acara perkahwinan yang meriah selepas hasrat itu terbatas disebabkan pandemik Covid-19.

Pasangan-pasangan tersebut, dengan kebanyakan mereka telah berkahwin, berarak sebelum menjalani upacara simbolik di hadapan ketua agama masing-masing.

Ada antara mereka yang menangis disebabkan terharu.

“Kami sepatutnya bertunang pada 24 Mac 2020 di Hawaii, namun terpaksa membatalkannya disebabkan pandemik,” kata seorang wanita bernama Erica Hackman di samping suaminya, Richard Hackman.

Pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata, berkahwin tahun lalu di sebuah kawasan aras bumbung yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Semua orang memakai pelitup muka. Ia hanyalah sebuah majlis perkahwinan yang kecil.

“Namun, kami terharu apabila diraikan secara besar-besaran bersama  ramai pasangan lain yang mengalami pengalaman serupa,”  kata Richard.

Dianjurkan oleh pusat seni persembahan,  Lincoln Center di kota raya Manhattan, acara itu diadakan bagi meraikan pasangan-pasangan yang mana majlis perkahwinan mereka terganggu disebabkan pandemik Covid-19. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI