fbpx

‘Yoo Babi’ Jin-young trending lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN-YOUNg yang kini trending dengan watak lakonan bernama Yoo Babi.

TIDAK semena-mena, nama anggota kumpulan GOT7 iaitu Park Jin-Young menjadi perhatian dan tular dalam laman sosial menerusi drama lakonannya, Yumi’s Cell 2.

Tidak sahaja tular di Korea, namanya juga diperkatakan dan menjadi popular hingga ke Malaysia disebabkan nama watak yang agak pelik iaitu Yoo Babi.

Terbaharu, ‘Babi’ kembali trending di Malaysia selepas episod kesembilan drama yang turut dibintangi aktres popular, Kim Go-eun mula ditayangkan.

Peminat bukan lagi membahaskan nama watak Jin Young sebaliknya meluahkan rasa geram terhadap kecurangan watak terbabit.

Menerusi episod kesembilan, Yoo Babi dan Kim Yumi (Kim Go Eun) memutuskan cinta mereka.

Rata-rata peminat mula tidak puas hati dengan Yoo Babi yang dianggap tidak jujur dan setia terhadap pasangannya.

Menerusi laman Twitter, turut menjadi perdebatan apabila ramai menyatakan sebarang bentuk kecurangan tidak patut berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI