fbpx
Tika menamatkan zaman bujang pada umur 47 tahun dengan lelaki dari Australia yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya. – TikTok @damarioooo0

Wanita kahwini lelaki Australia pada usia 47 tahun selepas dihalang keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita dari Surabaya akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 47 tahun dengan lelaki dari Australia selepas hasrat mereka untuk berumah tangga mendapat tentangan keluarga  disebabkan perbezaan budaya dan agama, lapor portal berita Wolipop.

Wanita dikenali sebagai Tika itu berkahwin dengan suaminya, Shaun, 35, dalam satu majlis serba ringkas di Denpasar, Pulau Bali pada 18 Jun lalu.

Menurut sepupu Tika, Lorra, pasangan suami isteri itu sebelum ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan pernah dihalang oleh keluarga untuk berumah tangga.

Ini kerana mereka mahukan wanita berkenaan berkahwin dengan lelaki tempatan.

“Ahli keluarga tidak merestui hubungan mereka kerana  tidak yakin dengan lelaki asing selain mahukan Tika berkahwin dengan jejaka tempatan,” kata Lorra.

Tambah Lorra, perkara itu tidak mematahkan semangat Shaun yang terus berusaha untuk meyakinkan keluarga Tika agar merestui hubungan tersebut sehingga mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. 

“Shaun terus berusaha untuk meyakinkan keluarga Tika bahawa dia benar-benar serius dan mencintainya dengan sepenuh hati. Perjuangan mereka tidak sia-sia kerana akhirnya mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Lorra memuat naik video majlis perkahwinan Tika dan Shaun di TikTok yang kemudian  tular serta menerima pelbagai komen  netizen.

“Saya juga mempunyai sepupu yang belum berkahwin walaupun dah berusia 40 tahun. Semoga dia juga mendapat jodoh yang tepat,” kata seorang netizen. – Agensi

POPULAR