fbpx
SON HEUNG-MIN tampil cemerlang apabila meledak 23 gol musim ini untuk berkongsi anugerah kasut emas bersama Salah. – AFP

Son Heung-min pemain berkelas dunia – Antonio Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Ketika ada yang masih memandang rendah keupayaan Son Heung-min, sebaliknya pula buat pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte apabila menyifatkan anak buahnya itu memiliki kualiti berkelas ­dunia dan mampu beraksi dengan baik di pelbagai posisi.

Musim lalu, penyerang lincah berusia 30 tahun itu berjaya meledak 24 gol selain mencipta 10 bantuan jaringan dalam 45 perlawanan untuk berkongsi status sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah.

“Saya boleh katakan perkara positif kerana kita sekarang bercakap tentang pemain berkelas dunia. Dia adalah salah seorang pemain terbaik dan saya fikir ada pihak yang memandang rendah keupayaannya.

“Saya percaya Sonny (Heung-min) boleh bermain di pelbagai posisi dan bersama mana-mana pasukan sekalipun di dunia ini,” kata Conte.

Spurs kini berada di Korea Selatan bagi mengharungi aksi pramusim dan setakat ini sudah berjaya melengkapkan perpindahan pemain seperti Richarlison, Yves Bissouma, Ivan Perisic, Fraser Forster dan Clement Lenglet.

Di sebalik berita pemain yang berdepan kepenatan di bawah regim Conte, pengurus dari Itali itu menyifatkan ia sebagai perkara biasa kerana komitmennya adalah menjadikan pasukan lebih kompetitif.

“Hujung musim lalu saya ­pernah beritahu keputusan sangat penting buat kelab ini. Ia cukup mudah diperkatakan kerana saya akan terbabit dalam projek ini sepanjang ­kontrak saya yang masih berbaki setahun lagi.

“Saya fikir kami baru memulakan projek buat kelab ini. Anda semua tahu apa cita-cita saya dan saya juga mahu kelab ini jadi lebih baik. Jadi, ini cumalah hal kecil dalam pasukan,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR