fbpx

Selamat tinggal MotoGP – Andrea Dovizioso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO mungkin mengumumkan persaraan selepas sah tidak mengambil bahagian dalam saingan MotoGP musim depan. – AFP

LONDON – Pelumba kelahiran Itali yang mewakili pasukan Yamaha RNF, Andrea Dovizioso bakal ‘angkat kaki’ daripada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas gagal memberikan saingan kompetitif seperti diharapkan.

Sebagai rekod, naib juara tiga kali MotoGP bersama Ducati itu hanya mampu meraih 10 mata untuk menduduki tangga ke-22 musim ini yang merupakan pencapaian terburuk dalam tempoh 21 tahun kariernya.

Pelumba berusia 36 tahun itu telah meninggalkan Ducati selepas tamat MotoGP 2020 sebelum ditawarkan kontrak bersama Yamaha RNF yang dahulunya dikenali sebagai Petronas Yamaha, pada tahun lepas dengan perjanjian sehingga penghujung musim ini.

“Saya boleh sahkan tidak akan bersaing dalam MotoGP musim depan kerana sudah hilang semangat untuk berada dalam arena permotoran ini. Jentera yang dimiliki gagal memberikan prestasi diharapkan.

“Selepas lebih 20 tahun berada dalam arena permotoran tertinggi, ini adalah kali pertama saya merasai perasaan seperti ini. Saya kekal tenang kerana tahun lepas saya tidak berlumba selama enam bulan dan mungkin kali ini saya akan bersara sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Dovizioso percaya juara bertahan yang juga pelumba utama Monster Yamaha, Fabio Quartararo kekal menjadi pilihan utama untuk menjuarai saingan MotoGP musim ini jika pencabar lain gagal pamerkan aksi konsisten.

“Saya tidak terkejut jika Quartararo mengekalkan kejuaraan kerana dia cukup konsisten pada musim ini selain kelebihannya memiliki jentera yang pantas.

“Sukar untuk mana-mana pencabar memintas kedudukannya selaku pendahulu ketika ini. Musim ini miliknya jika tiada sesiapa mampu mencabarnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI