TELEVISYEN ini mempunyai keupayaan memaparkan paparan berbilang (multiview) iaitu sebanyak empat paparan.

Warna terang, tontonan jadi lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI antara syarikat terkemuka dalam menghasilkan peranti pintar, Samsung kini melancarkan siri televisyen (TV) Neo QLED 8K yang dipertingkatkan kualiti gambarnya.

Siri tersebut terdiri daripada model QN900B, QN800B dan QN700B dengan TV ini menawarkan pelbagai ciri baharu.

Model TV ini ditawarkan dalam tiga varian saiz iaitu 85 inci, 75 inci dan 56 inci dengan hanya QN700B ditawarkan dalam 55 inci.

Rangkaian TV ini dilengkapi dengan Quantum Matrix Technology Pro dan Shape Adaptive Light Control yang menghasilkan butiran lebih halus dalam kontras yang lebih besar.

Selain itu, siri TV ini juga disertakan dengan teknologi cip pemprosesan Neutral Quantum Processor 8K yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) dan dilengkapi oleh 20 rangkaian neutral bebas.

Melalui teknologi Quantum Mini LED, ia memacarkan warna yang lebih terang dan meningkatkan kejelasan keseluruhan untuk tontonan yang lancar.

Sementara itu, Shape Adaptive Light Control yang disokong AI pula memetakan objek dalam skrin dengan tepat dan melaraskan pencahayaan.

Dalam pada itu, untuk memberikan pengalaman sinematik yang penuh mengagumkan, siri TV ini direka bentuk dengan Dolby Atmos Experience
Sound yang mencipta bunyi yang realistik dalam audio.

Selain itu, cara hidup kita kini juga telah berubah di mana ramai yang bekerja dan belajar secara hibrid.

Oleh itu, siri TV ini juga dilengkapi dengan ciri PC ke TV yang membolehkan pengguna menyambungkan peranti mereka ke TV tersebut bagi mendapatkan tontonan skrin yang lebih besar.

Dalam masa yang sama, TV ini juga dilengkapi dengan ciri multi view yang membolehkan pengguna menyambungkan pelbagai peranti ke TV dan dipaparkan secara serentak.

Melalui ciri itu, TV tersebut boleh memaparkan sehingga empat paparan dari peranti berbeza dalam satu-satu masa.

Ini memang mengagumkan dan pastinya memudahkan kehidupan berbilang tugas (multitasking).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN