fbpx
Najmudin menjadi salah seorang pemain negara yang membantu pasukan menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir Piala AFF B-19 di Indonesia sebentar tadi. /FOTO IHSAN AFF

Piala AFF B-19 – Malaysia ke final benam Vietnam 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila melangkah ke pentas final Piala AFF B-19 2022 selepas menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Patriot Chandrabaga, Jakarta itu, skuad muda Harimau Malaya kendalian Hassan Sazali Waras membariskan kesebelasan terbaik Najmudin Akmal, Aysar Hadi dan Haiqal Haqeemi.

Skuad negara dilihat berjaya mendominasi saingan pada babak pertama dengan meraih gol menerusi Adam Farhan Faizal pada minit ke-26.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad muda kebangsaan terus garang mengasak benteng lawan dan meraih gol kedua hasil ledakan Haqeemi Hairi pada minit ke-70.

Pemain gantian, Haiqal Danish Haizon melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-87 dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad B-19 negara mempertahankan rekod mara ke pentas final buat kali keempat berturut-turut sejak edisi 2017, 2018 dan 2019.

Kali terakhir Malaysia menang adalah pada edisi 2018 ketika menewaskan Myanmar 4-3 di pentas final.

Penganjuran saingan berprestij peringkat Asia Tenggara itu pada edisi 2020 dan 2021 dibatalkan ekoran pandemik Covid-19. – KOSMO! ONLINE

POPULAR