fbpx

LHDN dedah enam taktik scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggariskan sebanyak enam modus operandi popular digunakan sindiket ‘scammer’ bagi memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian ribuan Ringgit.

LHDN berkata, antara taktik sering digunakan pihak itu antaranya mendakwa mangsa memiliki  tunggakan cukai kes lama.

“Mangsa menerima mesej menerusi panggilan telefon, surat atau email dengan dikehendaki segera menjelaskan cukai itu kepada akaun bank pihak ketiga yang dijadikan keldai akaun.

“Mereka juga dihubungi individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu dan kemudiannya mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi palsu kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

LHDN berkata, taktik licik itu membolehkan ‘scammer’ memecah masuk akaun bank milik mangsa secara atas talian setelah mengetahui maklumat peribadi penting terutama nama pengguna dan kata laluan perbankan.

“Modus operandi lain pula mendakwa mangsa sebagai pelarian cukai, kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram serta mengugut dan mengancam akan dituduh di bawah akta tertentu.

“Taktik lain pula mengatakan pegawai LHDN mahu memungut cukai atau melakukan audit dengan meminta mangsa memberikan dokumen kerana tersalah lapor,” ujarnya.

Selain itu, antara taktik lain digunakan termasuklah menghantar surat kepada mangsa dengan memaklumkan mereka terlibat perdagangan saham syarikat pelaburan.

Scammer juga menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu penyamaran talian telefon rasmi agensi itu bagi memperdayakan mangsa memberikan maklumat sulit perbankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI