fbpx

Afdlin Shauki ‘laknat’ penghina agama, bersuara elak fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFDLIN SHAUKI masih berpegang pada pendapatnya bahawa penutupan CrackHouse Comedy Club adalah tidak wajar.

PETALING JAYA – “Aku seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam.”

Demikian penegasan oleh pelakon dan juga pelawak Afdlin Shauki memberi kefahaman kepada netizen yang menghentamnya selepas membantah penutupan sementara kelab komedi CrackHouse Comedy Club di Taman Tun Dr. Ismail, di sini.

Afdlin dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook bagaimanapun tidak naik marah dengan kecaman masyarakat namun bertegas, perlu bersuara demi memberikan penerangan lanjut agar tidak terjadi fitnah oleh orang ramai.

“Assalamualaikum dan salah sejahtera. Tidak kisahlah anda mahu bercakap apa tentang saya. Tapi untuk mengelakkan fitnah, biar saya beri sedikit lagi penerangan.

“Aku seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam. Di dunia memang patut disaman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat,” ujarnya.

Pelawak berusia 51 tahun itu memberitahu dia menentang penutupan kelab yang menjadi platform golongan pelawak amatur ‘standup comedy’ mempertaruhkan bakat tersebut seolah-olah telah menutup periuk nasi (rezeki) orang lain.

“Kenapa saya berkata saya menentang penutupan (CrackHouse Comedy Club) kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi (lawak).

“Semua orang ada kelebihan mereka yang diberi (bakat) untuk mencari nafkah. Jadi isu sekarang, kita kena dakwa pesalah itu!” tegasnya.

Selepas memberikan analogi ‘kolam renang’ untuk kefahaman masyarakat, pelawak juga pengarah terkenal itu sekali lagi memberikan contoh mudah kepada orang ramai atas apa yang berlaku.

“Jadi bayangkan, seseorang datang ke tempat kerja anda dan tiba-tiba mendajal (membuat masalah) sehingga tempat kerja anda ditutup. Apa perasaan anda,” soalnya.

Sebelum ini, bantahan Afdlin tentang penutupan kelab berkenaan mendapat pelbagai respons termasuklah kritikan hebat daripada pelawak Shahrol Shiro yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Pada masa sama, Afdlin mengakui perbuatan pelawak, merujuk kepada pelakukan Siti Amira Natasha tempoh hari adalah salah dan wajar dijatuhkan hukuman selain turut mencadangkan agar kawalan lebih ketat terhadap konten persembahan dijalankan oleh pengusaha kelab.

“Apa ‘minah’ (pelaku) itu buat memang ‘haram jadah’. Jadi kawalan lebih baik perlu dilakukan di mana-mana tempat persembahan.

“Prosedur operasi standard (SOP) memang sudah ada, tapi kalau orang tidak ikut, kita kena ambil tindakan segera,” katanya.

Jelas Afdlin lagi, penutupan premis itu yang telah menjadi lokasi awal kebanyakan pelawak terkenal hari ini mendapat pendedahan awal dalam dunia komedi solo tersebut sememagnya satu perkara mengejutkan.

Pada akhir perkongsiannya, Afdlin menyeru masyarakat supaya berfikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen lebih-lebih lagi ketika sedang marah.

“Kalau anda rasa tidak perlu ikut saya lagi, silakan. Saya cuma bercakap dari hati dan bercakap benar. Saya selalu amalkan ‘jangan komen bila marah’.

“Fikir dahulu, baru komen. Itu maksud saya,” jelasnya yang berharap agar pelaku diberikan hukuman keras atas perbuatannya menghina Islam.

Terdahulu, tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu apabila seorang wanita berusia 28 tahun tampil membuat persembahan dalam satu acara komedi di CrackHouse Comedy Club.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakai di atas pentas..

Ekoran daripada tindakan tidak bermoral dan dianggap mempersendakan kesucian agama, wanita terbabit kini ditahan polis untuk siasatan, selain kelab tersebut turut diperintahkan untuk ditutup buat sementara waktu bagi proses siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI