fbpx

50 rumah rosak dibadai ribut di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah yang rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Perlis pada pagi ini.

PADANG BESAR – Sebanyak 50 buah rumah dilaporkan terjejas dalam kejadian ribut yang melanda seluruh negeri ini pada pagi tadi.

Pegawai Penyelaras Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Shuhaimi Nordin berkata, jumlah tersebut adalah berdasarkan laporan yang diterima sehingga pukul 5 petang hari ini.

“Setakat ini, kita tidak menerima laporan berhubung kecederaan mahupun kemalangan jiwa akibat kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Panggas Kecil, Chuping di sini hari ini.

Sebanyak 14 rumah dilaporkan rosak di Kampung Panggas Kecil dan 11 rumah terjejas di Kampung Lubuk Besar dekat Padang Besar.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang terlibat dalam kejadian itu agar membuat laporan polis serta turut melaporkannya kepada MAIPs untuk bantuan termasuk menilai kos pembaikan rumah.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Ruhisha Haris berkata, sebanyak lima laporan ribut diterima pihaknya sehingga pukul 1.48 tengah hari tadi.

“Daripada jumlah tersebut, satu kes melibatkan dua buah rumah dihempap pokok di Kampung Paya Tengah di Jalan Kaki Bukit.

“Bagaimanapun, tiada sebarang laporan melibatkan kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima pihak bomba,” katanya.

Tambahnya, beberapa kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Kuala Perlis, Simpang Empat dan Kangar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI