fbpx

2,417 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 2,417 kes dilaporkan berbanding 3,264 kes kelmarin dengan empat kes import yang sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 4,560,583.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,536 kes sembuh daripada Covid-19 direkodkan semalam dengan jumlah kumulatif kes sembuh di seluruh negara kini adalah 4,526,817.

“Selangor terus mendahului rekod kes harian Covid-19 dengan 884 kes baharu dilaporkan diikuti Kuala Lumpur (642), Perak (166), Sabah (164), Negeri Sembilan (138), Pulau Pinang (138), dan Melaka (66).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam ialah Johor (59), Kedah (41), Putrajaya (37), Sarawak (30), Kelantan dan Pahang (28), Terengganu (15), Labuan (enam) serta Perlis (satu),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan dua daripadanya merupakan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 35,816 kes manakala jumlah kumulatif BID sebanyak 7,595.

Sebanyak 34,526 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,164 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 25 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI