fbpx

Tujuh sebab perlu ambil suntikan influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai dinasihatkan supaya mengambil suntikan berikutan peningkatan kes influenza ketika ini di Malaysia. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 2020, langkah pencegahan Covid-19 berjaya mengurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit. Apabila sekatan dilonggarkan, kita dapat melihat peningkatan bagi penyakit berjangkit seperti influenza atau flu.

Apa yang membimbangkan, kepantasan penyakit termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan flu kembali ke dalam komuniti selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada April lalu.

Tindakan pantas Kementerian Kesihatan (KKM) patut dipuji, tetapi keadaan masih lagi membimbangkan dan peningkatan kes berpotensi untuk merebak.

Faktor lain menyebabkan penyebaran jangkitan ialah pengimportan kes melalui perjalanan antarabangsa, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dan kelekaan.

Malaysian Influenza Working Group (MIWG) prihatin dengan imuniti penduduk Malaysia yang rendah kerana kurangnya pendedahan terhadap penyakit influenza dan pengambilan vaksin flu sejak dua tahun lalu.

Ini menjadikan penduduk lebih mudah dijangkiti dan kumpulan berisiko tinggi berisiko mengalami penyakit teruk, berpanjangan dan boleh membawa maut.

Pandemik mengajar kita bahawa vaksinasi memberi banyak manfaat walaupun SOP Covid-19 perlu dikekalkan. Untuk mencegah flu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan vaksinasi flu.

MIWG menyenaraikan tujuh sebab penduduk perlu mendapatkan suntikan. Pertama, flu mudah berjangkit lebih-lebih lagi influenza berlaku sepanjang tahun di Malaysia.

Selain itu, ujian flu tidak dilakukan secara rutin berbanding Covid-19. Walaupun gajalanya serupa, flu selalu dipandang ringan. Penyakit itu boleh menjadi parah dan berisiko mati walaupun kebanyakan mereka yang dijangkiti pulih dalam beberapa hari.

Sebaliknya, individu berisiko tinggi mungkin mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Flu juga lebih berisiko mengancam warga emas terutama yang mempunyai penyakit kronik selain boleh menyebabkan serangan jantung.

Selesema juga boleh menjadi bahaya bagi penghidap diabetes jenis 1, 2 atau hamil kerana sukar untuk mengawal paras gula dalam darah.

Semasa hamil, badan mengalami perubahan pada sistem imun, jantung dan paru-paru menjadikan wanita mengandung lebih terdedah kepada flu lebih teruk.

Anak dalam kandungan juga berisiko mendapat komplikasi seperti kecacatan tiub saraf, kelahiran pramatang dan kematian. Vaksinasi flu berupaya melindungi ibu mengandung, tetapi juga anak dalam kandungan.

Oleh itu, dengan peningkatan kes flu baru-baru ini dan gelombang Covid-19 beberapa bulan akan datang, pencegahan flu adalah amat penting.

 

Malaysian Influenza Working Group
Kumpulan Kepentingan Khas di bawah Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI