fbpx

[KEMASKINI] Mangsa terkorban disahkan suami isteri, dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kereta Honda City tersebut selepas mengalami kemalangan dengan sebuah treler. FOTO: IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Polis mengesahkan empat individu yang terkorban dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Sarikei/Betong, Saratok, Sarawak awal pagi tadi merupakan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, pasangan yang meninggal dunia adalah Azwin Yusman, 30, dan Nadziran Mohd. Nor, 28.

“Turut terkorban dua anak mereka iaitu Hazreen Zharfan Azwin berusia empat tahun dan Hazeef Zharfan Azwin, setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kemalangan pukul 6.15 pagi itu membabitkan sebuah treler dan kereta jenis Honda City.

“Kereta Honda City yang dinaiki empat beranak itu dari arah Betong menuju Sarikei dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan treler.

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terseret ke lorong bertentangan hingga pembahagi jalan,” katanya.

Empat beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI