fbpx

Pelaburan dapatkan ilmu beri pulangan paling mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Azliza (depan, empat dari kanan) bersama pasukan CQ Pets Love Sdn. Bhd.

SEREMBAN – “Pelaburan paling mahal adalah ilmu, bukan membeli rumah atau emas.

“Kalau labur pada emas memang harga emas akan semakin naik, namun kefahaman kita kekal pada tahap itu sahaja,” jelas Dr. Azliza Ahmad.

Menurut pemilik CQ Pets Love Sdn. Bhd. itu, meskipun mempunyai kepakaran dalam bidang veterinar, untuk menjalankan perniagaan beliau memerlukan ilmu baharu.

Menyedari kekurangannya, Dr. Azliza menyertai kelas anjuran RichWorks bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Saya labur simpanan yang ada untuk belajar dan nampak banyak kesilapan dalam perniagaan yang perlu diperbaiki.

“RichWorks ubah kehidupan saya 360 darjah daripada seorang yang tidak hargai keluarga, tak hormat orang, asyik cari salah menjadi manusia bertimbang rasa, sayang ibu bapa, keluarga dan pelanggan,” jelasnya.

Tambah Dr. Azliza, beliau menyertai kelas pertama bersama RichWorks pada 2011, sebelum kembali pada September 2017 apabila perniagaannya tersekat.

Pada 2021, syarikatnya meraih RM1.4 juta berbanding sekitar RM974,000 sebelum ini. Tahun ini, Dr. Azliza menyasarkan jualan RM3 juta.

“Bermula dari sebuah bilik ke separuh kedai, kami kini mampu menyewa empat unit kedai untuk pejabat, klinik, kedai dan hotel haiwan,” jelasnya.

Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut produk dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh ke Facebook Klinik Kucing Chinta Qaseh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI