fbpx

Manchester United terdesak cari pengganti Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dianggap paling sesuai bersama United, namun usaha untuk mendapatkannya pasti berdepan cabaran paling besar buat pasukan itu. – AFP

MANCHESTER – Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mungkin terpaksa mengubah perancangan musim depan ekoran tindakan Cristiano Ronaldo mahu berhijrah dalam jendela perpindahan kali ini.

Kapten Portugal itu didakwa telah memberitahu United untuk menerima sebarang tawaran memuaskan daripada mana-mana kelab yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Pengurus United, Erik Ten Hag perlu membawa masuk pe­nyerang berkelas dunia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo sekiranya pemenang lima Ballon d’Or nekad untuk meninggalkan Old Trafford.

Calon terbaik dilihat boleh menjadi pengganti kepada Ro­naldo ialah penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane berdasarkan rekod jaringannya selain berperanan sebagai kap­ten skuad England.

Namun, United perlu bersiap dengan perancangan rapi untuk meyakinkan penyerang itu mengenai projek jangka panjang selepas gagal beraksi di Liga Juara-Juara kali ini, selain bersedia dengan nilai perpindahan tidak masuk akal yang bakal dikenakan oleh Spurs.

United juga boleh menggunakan elemen psikologi untuk memujuk penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dengan meyakinkan bahawa kariernya di Paris sudah ‘mati’ selain menawarkan beberapa ke­istimewaan di Old Trafford.

Selain itu, bekas penyerang Juventus, Paulo Dybala mungkin menjadi calon paling re­levan untuk menggantikan tempat Ro­naldo di Old Trafford memandang­kan dia kini berstatus ejen bebas selepas tamat kontrak di Turin bulan lepas.

Jika berjaya mengikat Dybala secara percuma, United juga boleh cuba membeli penyerang AS Roma, Tammy Abraham dengan memujuknya kembali ke England atau menyelamatkan karier Dominic Calvert-Lewin dari Everton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI