fbpx

Amber Heard buntu syarikat insurans enggan bayar ganti rugi kepada Johnny Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat insurans Heard beranggapan perbuatan aktres itu ke atas Depp sebagai disengajakan dan berniat jahat.- Google

WASHINGTON – Syarikat insurans milik aktres, Amber Heard enggan menampung sebahagian daripada hutang ganti rugi AS$8.3 juta (RM36.7 juta) terhadap bekas suami, Johnny Depp berikutan perbicaraan saman fitnahnya pada Mei lalu, lapor portal berita MailOnline.

Heard mempunyai polisi liabiliti bernilai AS$1 juta (RM4.3 juta) dengan syarikat insurans, New York Marine and General Insurance Company yang diharapkan dapat menampung sekurang-kurangnya sebahagian daripada bil ganti rugi yang perlu diselesaikannya.

Polisi itu meliputi pelbagai jenis salah laku termasuk fitnah, namun terdapat klausa yang berkemungkinan akan membuatkan syarikat insurans enggan membayarnya.

Di bawah undang-undang California, negeri di mana polisi insurans itu dikeluarkan, syarikat tersebut mendakwa boleh menolak pembayaran berjumlah jutaan dolar jika Heard didapati melakukan salah laku itu dengan ‘sengaja’.

Syarikat Marin New York menyatakan dalam penentuan mereka bahawa hakim mendapati fitnah yang dilakukan oleh Amber adalah ‘sengaja’ dan ‘berniat jahat’.

Kesan daripada kekalahan Heard dalam perbicaraan itu masih berlanjutan dengan peguam Heard pada hari Jumaat menuntut perbicaraan baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI