fbpx

15 orang tumbangkan seekor lembu ‘sado’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 15 orang diperlukan untuk menumbangkan lembu tersebut bagi menjalankan ibadah korban di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Seramai 15 orang diperlukan untuk menumbangkan seekor lembu ‘sado’ yang beratnya hampir satu tan untuk disembelih bagi menjalankan ibadah korban di Kampung Parit Haji Ali di sini hari ini.

Lembu jantan berwarna hitam itu merupakan antara 10 ekor lembu yang dikorbankan pada hari pertama sambutan perayaan Aidiladha.

Lembu yang berharga RM20,000 hasil sumbangan dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu juga mengambil masa hampir 10 minit untuk ditumbangkan.

Lebih 300 orang penduduk dari Kampung Parit Haji Ali, Parit Air Itam dan Parit Mentara turut hadir bergotong-royong untuk melapah lembu-lembu korban itu sebelum diagihkan kepada penduduk kampung dikawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Bekalan Makanan, Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan lebih 7,000 permit untuk melaksanakan ibadah korban di seluruh Perak.

“Permit-permit itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Perak bagi membolehkan ibadah korban dapat dijalankan pada tahun ini. Di samping itu, lembu-lembu yang dijadikan korban untuk perayaan Aidiladha tahun ini bebas daripada sebarang jenis penyakit.

“Pada masa yang sama, Jabatan Veterinar negeri juga setakat ini tidak menerima sebarang aduan tentang penyakit yang menular terhadap binatang ternakan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri upacara ibadah korban di Kampung Parit Haji Ali, hari ini.

Beliau yang juga merupakan ADUN Gunung Semanggol berkata, pusat khidmatnya telah menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu untuk kawasan DUN Gunung Semanggol pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.