fbpx

LHDN pinda pengoperasian potongan cukai 2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat LHDN.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan perubahan pengemukaan bayaran potongan cukai dua peratus secara pentadbiran oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (EPP).

LHDN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa syarikat pembayar perlu membuat potongan cukai dua peratus kepada EPP bagi setiap transaksi potongan secara terkumpul mengikut bulan.

“Amaun potongan cukai berkenaan hendaklah diremitkan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.

“Syarikat pembayar dikehendaki mengemukakan Borang CP107D – Pin 2/2022 dalam bentuk PDF dan Lampiran CP107D(2) dalam format Excel secara email mengikut pusat bayaran sebelum pembayaran dibuat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, LHDN menegaskan syarikat pembayar perlu memastikan penerima mempunyai nombor cukai pendapatan sebelum membuat pengisian Lampiran CP107D(2).

“Sekiranya penerima tidak mempunyai nombor cukai pendapatan, pendaftaran boleh dibuat
secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my/.

“Kelayakan dalam memastikan EPP itu layak dibuat potongan dalam tahun 2022 adalah berdasarkan nilai ambang RM100,000 penerimaan bayaran (tunai dan bukan tunai) pada tahun sebelumnya (tahun 2021),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI