fbpx

Gelagat selebriti Toga atau Shuib?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUIB sendiri menyamakan wajahnya dengan watak Toga lakonan Yayan Ruhian.

MASIH mengenai filem fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof.

Namun, kali ini bukan mengenai watak hero-heronya, tetapi karakter antagonis bernama Toga lakonan hebat pelakon Indonesia, Yayan Ruhian.

Lucunya, wajah Yayan disamakan pula dengan Shuib dan perkara tersebut dimuat naik sendiri oleh bekas ahli kumpulan Sepahtu itu dalam satu hantaran Instagram.

“Yang kiri Toga, manakala belah kanan pula Togak,” kata Shuib sekali gus mengundang tawa ramai.

Netizen juga tidak menafikan kedua-dua selebriti itu mempunyai wajah yang mirip, bahkan ada pula yang menyangka Shuib merupakan pelakon watak Toga.

“Pertama kali watak Toga keluar, automatik ingat Shuib.

“Semasa menonton filem Mat Kilau, terus terdetik dalam hati ‘rupa Shuib si Toga ini,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI