fbpx

Foto Instagram dipadam, status Ameera Khan jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPARAN akaun Instagram Ameera Khan yang tidak mempunyai sebarang perkongsian selain gambar profilnya turut dipadam.

PETALING JAYA – Tanpa sebarang petunjuk, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan tiba-tiba ‘lesap’ dari radar Instagram selepas bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.

Malah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan, 22, turut memadam gambar profil dan keterangan biografi dalam Instagramnya.

Perkara tersebut disedari peminat sejak beberapa hari lalu apabila paparan Instagram selebriti mesra disapa Little Miss Khan itu ‘kosong’.

“Sesiapa boleh jelaskan Little Miss Khan ‘hiatus’? Rindu nak tengok dia ‘melaram’ estetik,” tulis seorang peminatnya dalam Twitter sambil berkongsi tangkap layar Instagram Ameera.

Biarpun tidak aktif, namun selebriti itu masih mengikuti sebanyak 46 akaun Instagram lain yang terdiri daripada kaum keluarga, rakan artis serta kawan-kawannya.

Sebelum ini, Ameera sering menimbulkan sensasi gara-gara kecelaruan penampilannya. Dia berhijab tetapi tetap mempamerkan bahagian rambut dan leher menerusi Instagram.

Tindakan tersebut menimbulkan kekeliruan ramai dengan imejnya kerana dia kerap bertukar ganti memakai tudung dan kemudian membukanya semula beberapa kali.

Bagaimanapun, Ameera dalam satu kenyataan kepada Kosmo! sebelum ini mengakui berlapang dada, menerima setiap kritikan netizen dengan hati terbuka dan meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya menjadi manusia yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI