fbpx

Anjing ‘ajar’ manusia supaya jangan membazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Tangkap layar menunjukkan anjing menutup paip air menjadi tular di media sosial. - Twitter

NEW DELHI – Sebuah rakaman video memaparkan seekor anjing menutup rapat paip air selepas minum menjadi tular di laman perkongsian Twitter, lapor laman berita  India Today.

Dikongsi oleh seorang anggota  polis, Dipanshu Kabra, klip video itu menunjukkan seekor anjing membuka paip dengan kakinya untuk minum air.

Selepas menghilangkan dahaga, anjing itu menutup semula paip air tersebut dengan kemas.

“Setiap titisan air adalah berharga. Anjing pun faham, bila kita manusia akan faham?” demikian menurut kapsyen video berkenaan.

Video itu mendapat lebih 34,000 ribu tontonan dan menerima reaksi ramai pengguna media sosial.

Ramai daripada mereka kagum kerana perbuatan  seekor haiwan mampu menyedarkan  orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam usaha menjimatkan air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI