fbpx

Tukang gunting diberkas culik bekas kekasih, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gara-gara masih memendam cinta, seorang tukang gunting nekad menculik bekas kekasih dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika swasta di U12, di sini sebelum diberkas hari ini.

Suspek berusia 26 tahun yang juga seorang penagih dadah itu ditangkap kira-kira pukul 10.10 pagi tadi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan kira-kira pukul 61.5 petang semalam daripada suami mangsa berusia 42 tahun selepas dimaklumkan guru taska berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek telah menolak mangsa yang merupakan kerani berusia 33 tahun ke tempat duduk penumpang dan merampas kenderaan mangsa semasa anak wanita itu yang berusia enam tahun menaiki kenderaan berkenaan.

“Siasatan turut mendapati suspek berada dibawah pengaruh dadah ketika kejadian.

“Hasil siasatan lanjut mendapati motif kejadian disebabkan suspek masih menyayangi mangsa yang merupakan bekas kekasihnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, tiada kecederaan dialami mangsa sepanjang tempoh penculikan tersebut.

Jelas Mohd. Iqbal, saringan ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu turut didapati positif dadah.

“Proses permohonan reman akan dilakukan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Terdahulu, insiden penculikan itu tular menerusi beberapa keping gambar mangsa dengan meminta orang ramai mengesan keberadaan dua beranak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI