fbpx

Parlimen Belanda lulus undang-undang bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majikan perlu mempertimbangkan permintaan pekerja untuk bekerja dari rumah selagi mana profesion mereka sesuai untuk melaksanakan polisi itu. – Getty Images

AMSTERDAM, BELANDA – Belanda menjadi salah satu negara terawal di dunia yang menjadikan polisi bekerja dari rumah sebagai hak di sisi undang-undang susulan kelulusan Parlimen, lapor laman berita Wion News.

Menurut agensi berita Bloomberg, rang undang-undang be­kerja dari rumah itu diluluskan Dewan Rendah pada Selasa lalu.

Ia kini ha­nya memerlukan kelulusan Senat Belanda sebelum dilaksanakan.

Berdasarkan undang-undang tersebut, majikan perlu membenarkan pekerja untuk be­kerja dari rumah selagi mana bersesuaian dengan profesion mereka.

Bekerja dari rumah merupakan polisi membenarkan kakitangan untuk bekerja dari mana sahaja dan mereka tidak perlu pergi ke tempat kerja konvensional seperti bangunan pejabat atau gudang.

Pandemik Covid-19 telah me­ngubah rutin bekerja de­ngan ra­mai kakitangan mahu me­ngekalkan fleksibiliti yang telah di­nikmati sepanjang dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kebanyakan majikan kini mengarahkan pekerja untuk kembali bekerja di pejabat selepas keadaan ekonomi kembali terbuka.

Ia didorong oleh program vaksinasi seluruh dunia yang telah berjaya mengawal penularan Covid-19. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI