fbpx

Manchester United perlu segera buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG menerima tamparan ekoran sikap Ronaldo ketika beliau sedang melakukan perubahan ke atas United. – AFP

LONDON – Bekas bintang Manchester United, Paul Scholes memberikan amaran bahawa pentadbiran Erik Ten Hag terpaksa menanggung malu jika kelab itu gagal memuktamadkan masa depan Cristiano Ro­naldo.

Reaksi bekas pemain tengah The Red Devils itu hadir sejurus timbul kebimbangan pegawai pasukan terhadap ketiadaan Ronaldo dalam persiapan jelajah pramusim ke Thailand dan Australia apabila pemain itu gagal menghadirkan diri pada sesi latihan tiga hari berturut-turut.

“Acara sarkas akan bermula,” katanya menerusi laman sosial miliknya, merujuk kepada kebimbangan pasukan terhadap ketiadaan Ronaldo pada kempen pramusim.

Ketika ini, kapten Portugal itu masih memiliki baki kontrak setahun lagi, namun Ro­naldo sudah pun mencetuskan kemarahan peminat apabila menyatakan kemahuannya me­ninggalkan Old Trafford.

Malah, Ronaldo yang sepatutnya menyertai sesi latihan pada 4 Julai lalu ketika para pemain lain menyertai sesi berkenaan sejak 27 Jun lalu turut tidak kelihatan berada di padang latihan pasukan itu di Carrington.

United kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Ronaldo diberikan pelepasan kerana perlu menyelesaikan urusan keluarga di Portugal, namun situasi ini memberi permulaan tidak baik kepada Ten Hag yang sedang melakukan perubahan.

Para pemerhati mendakwa bahawa Ronaldo hanya memberikan helah tersebut kerana sedang me­nguruskan perpindahan menyertai pasukan lain musim depan selepas United gagal beraksi di Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI