fbpx

Lebih 15,000 penduduk Jepun masuk hospital bahana gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bersenam di taman sekitar Istana Diraja ketika gelombang haba melanda Jepun, 29 Jun lalu. – AFP

TOKYO – Fenomena gelombang haba yang buruk meng­akibatkan lebih 15,000 penduduk dikejarkan ke hospital di seluruh Jepun kerana di­serang strok haba atau keletihan, lapor akhbar Japan Today kelmarin.

Berdasarkan data awal kerajaan, angka tersebut merupakan rekod tertinggi dalam masa sebulan iaitu seramai 15,657 orang bagi bulan Jun 2022.

Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana berkata, bilangan itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 6,980 orang yang dicatatkan pada 2011.

Daripada jumlah keseluruhan itu, kira-kira 70 peratus kes kemasukan ke hospital direkodkan pada minggu antara 24 hingga 30 Jun lalu.

Seramai 17 orang pula me­ninggal dunia selepas dibawa ke hospital, melepasi angka 14 orang pada 2011.

“Di samping gelombang haba yang luar biasa, penduduk berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri berikutan suhu naik mendadak,” kata pegawai agensi tersebut. Beliau  menggesa orang ramai agar kekal terhidrat serta kerap berehat bagi mengelakkan strok haba.

Daripada angka keseluruhan 15,657 pesakit, lebih 50 peratus terdiri daripada individu berusia 65 tahun dan ke atas, manakala 40 peratus menga­lami simptom ketika berada di rumah.

Seramai 439 orang menga­lami simptom yang memerlukan mereka dirawat di hospital selama lebih tiga minggu, selain 5,261 lagi mengalami gejala sederhana dan hanya perlukan rawatan singkat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI