fbpx

Jangkitan Covid-19 lepasi angka 4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 4,020 kes dilaporkan semalam termasuk sembilan kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,548,528 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,718 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,516,688.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,630 diikuti Kuala Lumpur (1,049), Perak (295), Sabah (205), Negeri Sembilan (197), Pulau Pinang (128) dan Melaka (107).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (90), Johor (80), Pahang (62), Kedah (60), Sarawak (57), Kelantan (21), Terengganu (20), Labuan (12) dan Perlis (7),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,795.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,591 setakat ini.

Sebanyak 32,617 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,156 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 23 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI