fbpx

Cuaca cerah di semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah hampir keseluruhan tempat di semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuacanya berkata, dalam masa sama hujan yang dilaporkan di Pahang dan Johor Timur pada pagi ini semakin baik manakala, di daerah Kerian, Perak bakal reda dalam tempoh satu atau dua jam lagi.

“Hujan di satu dua tempat di Betong, Sarawak dan beberapa kawasan di Sabah termasuk Kudat, Sandakan dan Tawau akan reda dalam tempoh satu atau dua jam lagi,” katanya menerusi video di laman Youtube hari ini.

Selain itu, hujan beserta ribut petir diramalkan di sekitar utara melibatkan Perlis, Kedah dan Perak (Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar),” ujarnya.

Katanya, ini turut melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan utara Pahang, manakala bagi Sarawak lebih tertumpu di utara selain hampir semua bahagian di Sabah sehingga malam ini.

Mengulas lanjut, MetMalaysia turut memberi amaran angin kencang dijangka berlaku esok sehingga 14 Julai melibatkan kawasan Selat Melaka, Tioman dan Labuan sekali gus berbahaya untuk aktiviti laut.

“Justeru orang luar yang ingin bermandi-manda hujung minggu khusus bagi Hari Raya Aidiladha dinasihatkan menukar tarikh lain kerana ia berbahaya bagi semua aktiviti seperti bot kecil dan rekreasi laut.

“Di utara pula, ia menunjukkan bahaya kepada aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI