fbpx

Banjir Baling: Penduduk lega jambatan sementara dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Iboi lega apabila jambatan sementara dibina bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh dan dihanyutkan kepala air pada Isnin lalu.

BALING – Lebih 3,000 penduduk Kampung Iboi dan kawasan berhampiran di Kupang di sini boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembinaan jambatan sementara jenis panel keluli bermodular sudah dimulakan semalam bagi menggantikan jambatan konkrit yang dihanyutkan kepala air pada Isnin lalu.

Jambatan sepanjang 27.4 meter dan lebar 5.4 meter yang dipasang 20 kakitangan dari Bahagian Jalan dan Cawangan Kerja Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dengan dibantu 10 anggota tentera dijangka siap esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Iboi, Abu Hasan Samah, 62, berkata, jambatan itu menjadi laluan penghubung kepada penduduk untuk menggunakan kemudahan seperti sekolah dan masjid.

“Selepas jambatan dihanyutkan kepala air, penduduk di sini terpaksa menggunakan jalan yang jauh untuk ke masjid kerana terletak di seberang sungai manakala penduduk di sebelah sana pula sukar untuk menggunakan kemudahan untuk ke sekolah di sini.

“Dengan adanya jambatan ini, kami tidak perlu lagi menggunakan jalan lebih jauh iaitu lebih tujuh kilometer untuk menggunakan kemudahan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI