fbpx

Ahli keluarga lelaki mati dalam tahanan mahu penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michelle Kim (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat pihaknya bagi meminta penjelasan berhubung kematian abangnya yang ditahan di Penjara Kluang pada 28 Jun lalu

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada seorang lelaki yang mati dalam tahanan polis di Penjara Kluang meminta penjelasan daripada pihak berkuasa berhubung perkara berkenaan.

Michelle Kim, 32, memaklumkan, abangnya (Orang Kena Tahan), Kim Shih Keat, 36, telah dijatuhkan hukuman tujuh hari penjara beserta denda sebanyak RM15,000 dengan penggantungan lesen memandu selama dua tahun.

“Ketika dalam perjalanan bersama keluarga menuju ke Penjara Kluang pada 28 Jun, saya menerima panggilan daripada pengurus kematian memaklumkan abang saya telah meninggal dunia pada pukul 10 pagi.

“Kami terus ke Hospital Kluang dan setibanya di hospital, keluarga mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan cakar di bahagian badan dan tangan abang saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Michelle telah membuat laporan polis kerana keluarganya masih belum dimaklumkan berhubung punca sebenar kematian abangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkannya pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Ketika ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun pihak polis sedang menunggu keputusan laporan kimia untuk mengenalpasti punca sebenar kematian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI