fbpx

Pertengkaran punca adik bunuh abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
okasi kejadian di Taman Bercham Aman, Bercham.

IPOH – Pertengkaran dua beradik berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dipukul dengan senjata tajam dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham, di sini hari ini.

Kejadian itu turut mengorbankan isteri si mati berusia 59 tahun. Pasangan itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Difahamkan, mangsa yang berusia 64 ahun dan adik lelakinya berusia 61 tahun kerap bertengkar yang mana pertengkaran terakhir berlaku sekitar pukul 8.30 malam semalam.

Ketika kejadian, ibu mereka yang berusia lingkungan 90-an berada dalam bilik, namun tidak menyedari insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 8.45 pagi daripada abang mereka yang terkejut melihat adik lelakinya dan isteri dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati maklumat diterima adalah benar sebelum pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap manakala isterinya bersandar pada dinding di ruang tamu. Keadaan kedua-dua berlumuran darah.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul senjata tajam dan objek tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan ahli keluarga mangsa berusia 61 tahun yang menghilangkan diri bersama kereta jenis Proton Saga milik adik iparnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI