fbpx

Pasca Banjir: KPLB baik pulih 809 buah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (depan tengah) bergambar bersama tetamu Program Wacana Ilmu, Wanita Inspirasiku (WINS), anjuran Kemas Negeri Sembilan di Dewan Feldajaya, di sini, hari ini.

JEMPOL – Sebanyak 809 daripada 2,613 buah rumah yang terjejas akibat banjir penghujung tahun lalu telah siap dibaik pulih setakat 17 Jun lalu. 

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 10 daripada 97 buah kediaman yang telah siap dibina dibawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah itu membabitkan tujuh negeri yang terkesan akibat banjir termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan kos keseluruhan hampir RM44.8 juta.

Menurutnya, setakat ini, kementerian telah berbelanja kira-kira RM39.1 juta bagi tujuan pembinaan rumah baharu dan baik pulih bagi rumah mangsa banjir.

“Ada kes-kes yang belum siap disebabkan masalah tanah contohnya, tapak (rumah) itu tepi sungai (rezab sungai). Jadi yang itu kita kena pindahkan. Kita kolaborasi dengan Kerajaan Negeri. 

“Mungkin di situ lambat sikit untuk pembinaan rumah dan ada yang masih menunggu kelulusan,” katanya selepas merasmikan Program Wacana Ilmu, Wanita Inspirasiku (WINS), anjuran Kemas Negeri Sembilan di Dewan Feldajaya, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai naik taraf fasiliti Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas seluruh negara, Mahdzir menjelaskan, sebanyak RM9.5 juta peruntukan telah disalurkan bagi tujuan tersebut.

“Kemas mengenalpasti tabika yang uzur. Ini membabitkan Tabika Kemas Kategori C bagi kerja-kerja baik pulih bilik air, lantai dan lain-lain lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI