fbpx

Mira Filzah puji aurat pelakon wanita Mat Kilau dijaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA memuji filem Mat Kilau kerana memaparkan pelakon wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

SEJAK ditayangkan bermula 23 Jun lalu, filem Mat Kilau memang dihujani dengan jutaan pujian dan respons membina daripada para penonton.

Mereka termasuk golongan selebriti yang tidak henti-henti mengagumi hasil kerja Syamsul Yusof tersebut.

Si cantik manis Mira Filzah juga turut memuji karya tersebut yang katanya salah satu filem tempatan terbaik baginya.

Bukan hanya filem, dia turut memuji aurat para pelakon wanita dalam filem tersebut terjaga.

“Sudah tonton, hebat. Kagum bila lihat semua pelakon wanita memakai anak tudung, jaga aurat. Seronoknya begitu,” pujinya ringkas.

Bagus betul Mira, perkara kecil sebegitu pun dia boleh perasan. Iyalah, ramai memuji jalan cerita dan watak tetapi perkara kecil lain terlepas pandang.

Mungkin Mat Kilau mampu menjadi titik tolak kebangkitan filem Melayu. Siapa tahu mungkin nanti filem ini mampu ‘terbang’ lebih tinggi ke peringkat antarabangsa?

MIZZ LAHAR: Sebab banyak betul acara konsert telah dan akan berlangsung, terfikir bila agak-agaknya dapat tengok konsert Datuk Sheila Majid pula? Rindu nak dengar secara langsung lagu Hitam Putih Kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI