fbpx

Bapa pukul mati dua anak perempuan dengan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik itu dipukul menggunakan kayu sehingga meninggal dunia dan ditanam oleh bapa mereka. - Newsflash

AMMAN, Jordan – Seorang lelaki di Jordan didakwa kerana memukul sehingga mati dua anak perempuannya menggunakan sebatang kayu sebelum menanam mayat seorang daripada mereka, manakala mayat kedua dibuang ke dalam lubang sampah, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Polis di Irbid, Jordan menyerbu flat lelaki berkenaan yang identitinya tidak didedahkan, selepas bekas isteri suspek memaklumkan bahawa dia khuatir akan nyawa empat anak mereka.

Wanita itu memberitahu polis bahawa bekas suaminya yang berusia 49 tahun itu mempunyai masalah mental dan sentiasa memukul anak-anak mereka.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis hanya menemui dua daripada empat kanak-kanak itu, kata jurucakap Jabatan Keselamatan Awam, Leftenan Kolonel Amer Sartawi.

Dua kanak-kanak itu berjaya melarikan diri daripada didera bapa mereka termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan budak perempuan berumur lapan tahun.

Kedua-dua mereka memberitahu polis bahawa suspek telah membunuh dua saudara perempuan mereka menggunakan sebatang kayu dan menguburkan mayat mangsa di kawasan berdekatan.

Suspek mengaku memukul dua anak perempuannya, seorang berusia sembilan tahun, manakala seorang lagi berumur 12 tahun. Perbuatan itu dilakukan pada tarikh berasingan.

Suspek juga mengaku mengebumikan seorang mangsa ke dalam kubur cetek, manakala seorang lagi dibuang ke dalam lubang sampah di halaman belakang rumahnya.

Pihak berkuasa telah menemui kedua-dua mayat itu dan dihantar untuk bedah siasat. Dua mangsa yang trauma pula dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan fizikal dan psikologi.

Pendakwa raya Mahkamah Jenayah telah mendakwa suspek atas dua pertuduhan melakukan pembunuhan terancang. Suspek kekal dalam tahanan pencegahan sementara siasatan kes itu diteruskan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI