fbpx

Lee Hae-ri kahwin diam-diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HAE-RI

PERKONGSIAN selebriti Jo Se-ho tentang keberadaannya di sebuah lokasi dipercayai majlis perkahwinan penyanyi Lee Hae-ri, baru-baru ini mengejutkan ramai.
Ahad lalu, Se-ho berkongsi gambar bersama beberapa orang selebriti popular lain antaranya Yoo Jae-suk dan pemuzik veteran, Lee Juk yang segak mengenakan sut berwarna hitam.

“Kami sudah sampai di majlis perkahwinan Hae-ri! Hae-ri, tahniah atas perkahwinan awak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Perkongsian tersebut sekali gus seperti mengiakan bahawa perkahwinan Hae-ri yang juga anggota duo Davichi sudahpun berlangsung. Sebelum ini, Hae-ri ada mengumumkan bakal berkahwin menjelang Julai, tetapi tarikh sebenar perkahwinannya tidak didedahkan kepada umum.

Peminat juga turut teruja melihat kelibat selebriti popular seperti Jae-suk turut menghadiri perkahwinan penyanyi itu.

Ketika sama-sama menjadi tetamu undangan dalam program Yoo Quiz on The Block tidak lama dahulu, Jae-suk dan Se-ho pernah berjanji kepada Hae-ri untuk menghadiri perkahwinannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI