fbpx

Banjir Baling : Agensi JPM salur RM1.58 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Idris Ahmad

PUTRAJAYA – Lebih RM1.58 juta nilai bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan berjaya dikumpulkan oleh pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) setakat ini untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sumbangan itu akan diagihkan segera kepada mangsa banjir sekali gus meringan beban mereka.

Katanya, walaupun berada di Mekah untuk menunaikan ibadah haji, namun beliau sudah arahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menggerakkan misi bantuan itu.

“Alhamdulillah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Marzuk Shaary serta wakil agensi-agensi di bawah saya telah turun memberi bantuan dalam misi bantuan hari ini.

“Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Hati terasa resah dan gulana saat melihat saudara mara kita ditimpa ujian, seolah-olah kita turut merasakan hal yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, beliau dan jemaah Haji Malaysia di Mekah sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada semua mangsa yang terlibat..- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI