fbpx

2,932 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,932 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini semalam dengan turut melibatkan dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,540,965 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,292 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,512,935.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 959 diikuti Kuala Lumpur (947), Perak (194), Negeri Sembilan (176), Sabah (143), Pulau Pinang (107) dan Kedah (67).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (61), Johor (57), Sarawak (54), Pahang (51), Melaka (42), Kelantan (30), Terengganu (18), Labuan (16) dan Perlis (10), “kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,787.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,587 setakat ini.

Sebanyak 28,709 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,238 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 25 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI