fbpx

Penghantar barang maut kereta rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membawa keluar mayat mangsa yang tersepit selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 6.7 Jalan Pekeliling di Sepang hari ini.- Foto IHSAN JBPM

SEPANG – Seorang pekerja penghantar barang maut apabila kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang sewaktu mangsa, Yao De Lon, 35, sedang memandu kereta seorang diri di Kilometer 6.7 Jalan Pekeliling menghala ke Kompleks Kargo KLIA.
.
“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu mangsa tiba-tiba merempuh sebuah lori yang sedang bergerak di susur kiri menghala ke Jalan Kuarters KLIA.

“Susulan rempuhan itu, pemandu lori berusia 39 tahun telah memberhentikan kenderaan dipandunya dan turun untuk melakukan pemeriksaan sebelum melihat kereta dipandu mangsa telah melekat di bahagian belakang lorinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

Menurut Imran, siasatan lanjut mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Selayang ke Kompleks Kargo KLIA untuk mengambil barang sebelum kemalangan berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI