fbpx

Lapan syarikat didenda RM1.5 juta terlibat kartel tipuan bida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MyCC

PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah syarikat dikenakan penalti kewangan berjumlah RM1,548,192 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana terlibat dalam aktiviti tipuan bida.

MyCC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan empat projek berasingan berkaitan IT bernilai RM1,925,365 yang diperoleh oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Pada awal 2017, selepas menerima maklumat mengenai dakwaan perlakuan tipuan bida yang melibatkan projek ASWARA, MyCC memulakan siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Persaingan 2010 untuk memastikan sama ada terdapat pelanggaran Seksyen 4 di bawah Akta yang sama.

“Semasa penyiasatan dijalankan, MyCC mendapati tiga lagi projek lain mengandungi unsur tipuan bida yang serupa,” kata MYCC.

Tambah kenyataan itu, selepas membuat semakan menyeluruh terhadap bukti dan pertimbangan teliti mengenai representasi bertulis dan atau lisan oleh lapan buah syarikat terbabit, MyCC memutuskan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 4(1) yang dibaca bersama Seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010.

“Oleh itu, kelapan-lapan syarikat ini telah didapati melanggar Akta Persaingan 2010 dengan penglibatan mereka dalam siri perjanjian antipersaingan tipuan bida dan atau amalan bersepadu melibatkan projek perolehan ASWARA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI