fbpx

Kontraktor maut, terseret 25 meter sebelum dirempuh Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azizah maut selepas terseret dan dirempuh sebuah Alza di Jalan Bachang, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang kontraktor Telekom Malaysia (TM) maut selepas terseret sejauh 25 meter sebelum dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dalam nahas di Jalan Bachang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Azizah Azhar, 32, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari arah Lebuh AMJ Bachang menghala ke lampu isyarat Bachang -Jalan Tun Fatimah.

Katanya, setiba di lokasi motosikal ditunggangi mangsa bagaimanapun tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa kemudian terseret sejauh 25 meter sehingga memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta Perodua Alza yang gagal mengelaknya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika kejadian keadaan permukaan jalan raya basah dan cuaca hujan renyai.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI