fbpx

Cadangan kenaikan elaun Pembantu Kemas sudah dihantar untuk penilaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman ketika berucap pada Majlis Pelancaran OACP Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS 2022-2026 di Kementerian Pembangunan Luar Bandar hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Elaun hanya RM500 sebulan dibayar kepada pembantu tabika di seluruh negara ketika ini disebabkan tempoh berkerja mereka agak pendek.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad namun memberi jaminan kadar itu sedang dikaji semula oleh kerajaan.

“Mereka ini dianggap cikgu tambahan atau dipanggil Pembantu Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) dengan bertugas hanya dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari lima hari seminggu.

“Tugas mereka sebenarnya bantu guru tadika terutama bagi memastikan murid tidak cedera, makanan disediakan cukup dengan tempoh kerja pun tidak lama,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau berucap pada Perhimpunan Bulan Julai dan juga melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi Kemas 2022-2026 di Dewan Sri Lestari, kementerian berkenaan di sini hari ini.

Akhir bulan lalu, media melaporkan keluhan beberapa pembantu tabika Kemas yang cuma memperoleh elaun bulanan RM500 dan dianggap amat tidak berbaloi dengan tugas.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam reaksi segera telah memberi jaminan bahawa pihaknya memberi perhatian kepada isu itu dan mengakui kadarnya rendah.

Malahan cadangan kenaikan elaun pekerja terbabit sudah dihantar untuk diberi pertimbangan serta dinilai semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Ketika ini terdapat sejumlah 11,000 tabika Kemas yang memberi pendidikan awal prasekolah kelompok B40 melibatkan kira-kira 200,000 murid dan lebih 10,000 guru terlatih.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, kementerian tersebut masih dalam proses perbincangan kerana ia turut membabitkan banyak kategori sebelum diberikan kelulusan.

“Kita prihatin dengan nasib pembantu tabika terutama yang tinggal di bandar besar apatah lagi kos sara hidup amat tinggi dan akan cuba perjuangkan isu mereka ini,” tegasnya.

Bagaimanapun ujarnya, pada masa sama, permohonan kenaikan kadar elaun tersebut masih tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan yang akan dimasukkan dalam bajet tahunan.

Pihak Kemas jelas beliau, ketika ini dalam sesi libat urus konsultasi dengan Perbendaharaan bagi penyediaan peruntukan tahun depan yang bakal dibentang pada Belanjawan 2023 kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI