fbpx

1,918 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 1,918 kes dilaporkan semalam berbanding 2,536 kes kelmarin dengan dua kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini sebanyak 4,538,035 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,321 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,510,643 kes.

“Kuala Lumpur mendahului jumlah kes harian semalam dengan 662 kes diikuti Selangor (482), Perak (153), Sabah (119), Negeri Sembilan (103), Johor (89) dan Pulau Pinang (77).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Kedah (48), Melaka (44), Putrajaya (38), Pahang (27), Sarawak (25), Kelantan dan Terengganu (masing-masing 20), Labuan (enam) dan Perlis (lima),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,784 kes manakala tiada kes ‘brought in dead’ (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kekal 7,586 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,140 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,172 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 24 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI