fbpx
Maskana (kiri) bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Shahril (kanan) membuat tinjauan di kafetaria kolej kediaman.

UPSI, pengusaha kantin laksana tiga inisiatif kawalan harga makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia dalam usahanya bagi memastikan harga makanan ditawarkan adalah bersesuaian dengan semua peringkat kelompok pelajar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, usaha dilaksanakan secara bersama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pengusaha kafeteria itu dapat memelihara kebajikan pelajar terutamanya dalam situasi ekonomi semasa yang menyaksikan harga makanan meningkat naik.

“Hasil perbincangan kami mengadakan kerjasama dengan pengusaha kafeteria di universiti untuk menyediakan Menu Keluarga Malaysia secepat mungkin sebagai usaha memastikan harga makanan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan semua peringkat kelompok pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada sama, beliau berkata, Menu Keluarga Malaysia akan menyediakan makanan dengan harga murah, dengan seleksi juadah disediakan mengikut kreativiti pengusaha kafeteria.

“Selain itu, UPSI akan mewujudkan Food Barakah Campaign iaitu menyediakan tabung khas di setiap kafe untuk pembeli menyumbangkan baki bayaran untuk membantu menampung dana kebajikan.

“UPSI juga bercadang mengadakan kempen “Tapau Kit, yang mana mahasiswa membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan pengusaha kafe bersetuju memotong harga makanan yang dibeli,” katanya.

Tambahnya, 80 peratus daripada pelajar UPSI adalah terdiri daripada keluarga B40.

“Langkah ini juga sebagai persediaan awal pihak UPSI dalam menerima semula kemasukan keseluruhan pelajar UPSI mulai Ogos bagi pelajar Diploma dan Oktober bagi pelajar Sarjana Muda dan pasca siswazah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendaftar Kanan BHEP, Maskana Ahmad memaklumkan bahawa program yang dicadangkan hasil mesyuarat hari ini bersama pengusaha kafetaria itu akan memanfaatkan hampir 27,000 orang pelajar UPSI mulai sidang akan datang.

Katanya, usaha murni yang dilaksanakan di UPSI itu juga selari dengan amanat Menteri Pengajian Tinggi 2022 bagi strategi ketujuh iaitu Menyemarak Semangat #KPTPRIHATIN. – KOSMO! ONLINE

POPULAR