fbpx
Penumpang berbaris untuk melalui keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas (CLT) di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Julai lalu. - AFP

Lebih 280 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Gangguan perjalanan udara di Amerika Syarikat (AS) berterusan semalam dengan lebih 280 penerbangan dibatalkan dan 2,751 yang lain tertangguh, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Bilangan itu termasuk syarikat United Airlines yang  membatalkan 53 penerbangan dan menangguhkan 183 penerbangan lain setakat pagi kelmarin. 

Delta Airlines pula membatalkan 39 penerbangan dan menangguhkan 283 penerbangan lain. American Airlines turut membatalkan 26 penerbangan dan menangguhkan 391 penerbangan lagi.

Sekurang-kurangnya 209 penerbangan dibatalkan seawal pukul 10 pagi (waktu tempatan) kelmarin, manakala 938 penerbangan ditangguhkan, demikian menurut laman pemantauan FlightAware yang melaporkan bahawa 654 penerbangan di AS telah dibatalkan dan 5,860 ditangguhkan pada Sabtu lalu.

Masalah itu diburukkan dengan kejadian ribut petir di pantai timur dan barat negara itu pada Sabtu lalu.

Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg sebelum ini menyeru agar syarikat-syarikat penerbangan melakukan persiapan mencukupi berikutan pertambahan penerbangan pada hujung minggu. 

“Syarikat penerbangan akan menawarkan bayaran balik untuk beberapa isu perjalanan dan anda boleh berunding mengenai perkara ini,” kata Buttigieg. 

Kira-kira 48 juta orang dijangka melakukan perjalanan pada hujung minggu ini dengan Persatuan Automobil Amerika (AAA) menganggarkan 3.5 juta orang akan menaiki penerbangan. 

Akan tetapi, bilangan sebenar penumpang penerbangan meningkat secara mendadak apabila Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan menyaring lebih 2.1 juta penumpang di lapangan terbang di serata AS pada hari Sabtu sahaja. – Agensi

POPULAR