fbpx

Cuaca cerah di kebanyakan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilihat cerah dan juga baik di kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, imej gema radar terkini mendapati hujan serta ribut petir dilihat lebih tertumpu di bahagian perairan dan dijangka boleh bergerak masuk ke arah Pulau Langkawi tidak lama lagi.

“Keadaan cuaca yang baik ini dilihat boleh berterusan sekurang-kurangnya sehingga tengah hari nanti.

“Begitu juga di negeri Sabah, keadaan cuaca dilihat cerah dan baik di kebanyakan bahagian yang mana hujan serta ribut petir pada ketika ini dilihat lebih tertumpu di bahagian pedalaman dan juga bahagian barat negeri Sarawak,” katanya dalam laporan cuacanya hari ini.

MetMalaysia berkata, keadaan itu dijangka boleh beransur reda dalam tempoh masa dua ke tiga jam sahaja lagi.

“Bagi ramalan sebelah petang ini pula, hujan serta ribut petir dilihat berpotensi untuk berlaku terutamanya melibatkan bahagian utara, Pantai Timur dan juga pedalaman semenanjung Malaysia.

“Juga melibatkan bahagian utara dan pedalaman negeri Sarawak dan di kebanyakan bahagian di negeri Sabah,” jelasnya.

Selain itu katanya, keadaan hujan serta ribut petir ini boleh mendatangkan angin kencang dan juga banjir kilat.

“Oleh itu, orang awam diminta untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

“Dalam pada itu juga, amaran angin kencang dan juga laut kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan di kawasan perairan selat Melaka Utara dan juga kawasan perairan Phuket sehingga 6 Julai ini,” katanya.

Tambahnya, berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga ke 4.5 meter, ia adalah berbahaya bagi sebarang aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, sukan dan juga rekreasi laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI