fbpx

Budak lelaki menangis ikan keli peliharaan kena goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak lelaki menangis apabila mengetahui ikan keli peliharaannya digoreng. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis apabila mengetahui ikan keli goreng yang dimakan adalah ikan peliharaannya yang mati, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @underc0ver.id.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki itu menangis apabila mendapati lauk yang dimakannya adalah seekor ikan keli.

Perakam video itu menjelaskan bahawa ikan kelinya sudah mati dan digoreng ibunya untuk dimakan.

Mendengar penjelasan bapanya, budak lelaki itu menangis dan berkata, dia mahu melihat kubur ikan keli peliharaannya.

Dia tidak mahu makan setelah mendengar penjelasan tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ikan keli dah tenang dalam perut kamu adik,” kata seorang netizen.

“Tangannya terus menggeletar ketika pegang ikan keli itu,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI